Kursus Pengurusan ICT di Hotel Putra untuk pemimpin sekolah telah diadakan dari 18 - 20hb Julai 2011. Pengisian kursus ini meliputi Perancangan dan Pengurusan ICT Organisasi, Penulisan Berasaskan Web yang Berkesan, Pengurusan Pembelajaran Moodle dan Perancangan Strategik ICT. Seramai 2 orang tenaga pengajar dari Institut Aminuddin Baki telah dijemput untuk memberi ceramah dan latihan 'hands on'.